Friday, August 5, 2011

TOK CIK AKU

Setiap kali menjelang hari raya aidiil-fitri aku akan mengingati arwah tok chik yang sorang ni.  Gambar ini di diambil pada tahun 1950. Aku pun belum lahir kedunia ini lagi. Aku memanggilnya tok chik. Nama sebenarnya iakah Wanchik kelahiran Gelugor, Pulau Pinang. Tok Cik adalah ibu saudara sebelah bapak aku di Penang.
Tok Cik berkahwin dengan seorang saudagar mamak India Muslim bernama Mohamad Sharibu. Arwah emak memanggilnya mamak saribu (nama samaran dari seribu). Patutlah dia ni mamak saribu kerana dia ni orang kaya. Dia seorang taukeh jual emas di Pulau Pinang. Bayangkan seluruh badan tok cik di selaputi dengan emas saja. Subang, rantai, cincin, gelang tangan, gelang kaki semuanya emas belaka. Aku pernah tengok depan mata cara mamak saribu melayan tok cik setiap kali dia bawa emas pulang kerumah sebelum dia bawa kekedainya di kawasan jalan Masjid Kapitan Kling.
Mamak akan lambakkan semua barang2 emas dan dia suruh tok cik pilih dulu barangan yang disukainya. Tok cik pulihlah satu demi satu. Selepas itu mamak saribu akan suruh emak aku pilih pula. Emak akan ambil satu atau dua barang saja. Emak tidak gelojoh untuk monopoli barang2 itu kerana akan dapat lagi setiap kali mamak saribu melambakkan barang2 emas dimasa akan datang. Mamak saribu sayang kepada emak sebab emak satu2nya rakan karib tok cik walaupun berpangkat anak saudara (kerana emak kawin dengan ayah). Sesuatu yang menarik yang membuat mamak suka emak aku ialah kerana emaklah menjadi teman setiap kali tok cik mahu menonton filem hindustan. Mamak pastikan emak akan menemani tok cik. Soal duit tiket, tambang, makan dan ronda2 jangan cakaplah - semua ditanggung beres oleh mamak. Sepengetahuan aku, mamak tidak pernah keluar bersama tok cik macam pasangan suami isteri lain. Aku tak pernah bertanya. Aku pendamkan saja. Dalam panggung, emak menjadi jurubahasa kepada tok cik semasa filem hindustan berputar di skin. Ini kerana arwah emak pandai berbahasa hindustani (taklah hebat tapi tak boleh berbohong dengan dia).  Emaklah tempat tok cik bercerita pelbagai hal. Tok cik ada seorang anak lelaki bernama Bakar tapi 'gila'. Aku tak suka dan takut padanya kerna dia suka buat kacau. Dia mati di usia tak sampai tiga pulahan.
Rumah tok cik menjadi sunyi kerana selepas itu Mamak Sharibu juga kembali kerahmatullah. Aku ingat lagi ramai orang sangat mengiringi jenazahnya ke kubur. Di Pulau Pinang telah menjadi adat dari dulu, tuan rumah akan memberi sedekah duit dikubur kepada yang datang menziarahi.  Selalunya kanak-kanaklah yang mengambil kesempatan.  Budak2 dari kalangan orang miskin akan datang berkumpul di kubur kerana selepas talkkin dan doa mereka akan disuruh beratur dan diberi wang. selalunya 10 sen, 20 sen atau 30 sen. Terkadang bukan saja dari kalangan budak miskin yang beratur, budak kaya pun tumpang sekaki. Budak-budaklah katakan. Ditanah kubur hari itu, bukan saja diberi wang, tapi juga budak2 itu diberi roti canai siap bergula setiap orang. Budak2 tentu seronok dan memanjat doa pada ilahi agar roh mamak syaribu dirahmati Allah. Aku memegang erat tangan bapak aku sambil melihat soerang demi seorang meninggalkan kubur mamak. Bapak masih tercegat sambil membaca berdoa.
Rumah tok cik menjadi sunyi. Tiap kali kami datang rumahnya, adalah sikit riuh rendahnya terutama bila tok cik melayan aku. Dia memanggil aku nama timangan 'Atan' kerana aku 'anak mak sorang' masa itu. Aku bebas dalam rumahnya. Nak makan apa saja dapat.
Rupanya dirumah inilah emak bertemu ayah aku. Rupanya ayah dari jauh melihat seorang perempuan yang selalu berkunjung kerumah tok cik dan bertanya siapakah wanita itu. Ini cerita aku pun belum lahir lagi. Semua diceritakan semula oleh emak. Ayah bertanya kepada salah seorang rakannya Budin (sepupu emak orang Taiping yang  bekerja di Penjara). Kata Pak Lang Budin wanita itu sepupunya.  Kata ayah aku, tok cik tu emak saudaranya. Ayah dan emak pun berkahwin.  Aku masih simpan surat nikah mereka sampai hari ini.

Bulan puasa dan raya menjelang dan aku teringat tok cik lagi. Indahnnya zaman kanak-kanak aku. Bayangkan rasanya tak ada siapa yang boleh dapat duit raya sebanyak rm50 ditahun 60han. Itulah harga dan nilai duit raya aku berbeza dengan anak2 lain.  Pada hari raya, dia akan order air botol Freser & Neaves cap singa bertong-tong banyaknya untuk menjamu tetamu. Ada juga air ice cream soda, strawberry, soda halia dan sasaparilla.

Tok cik wanita kaya yang berhati mulia pada sesiapa saja. Dia sayang aku, emak dan ayah. Sukar aku balas budinya. Terkadang ingin aku jadi semula kanak2 dimusim perayaan ini untuk menerima wang raya rm50 lagi.

Jangan halang kalau aku mau menangis untuk tok cik sambil mendoakannya agar dia selamat dialam lain sekarang ini. Kepada tok cik ingin aku hadiah al-fatihah buat mu.

No comments:

Post a Comment