Sunday, August 21, 2011

Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang aku kenal . . . .

aku tidaklah rapat dengan beliau, tapi setiap kali bertemunya ketika berkunjung ke masjid kulim untuk sembahyang jumaat kami akan berbual lama sekali. maklomlah kami antara yang awal menjejak kaki di masjid itu - sekitar jam 11 pagi lagi. selain beriktikaf kami juga berbual2 hal seni terutama penulisan dia banyak bertanya dan memberi pendapatnya tentang dunia penulisan skrip, stesyen tv dan industri filem. walaupun kami tinggal di Kulim, tapi aku tidak pernah kerumahnya (hampir2 ada nak pergi). aku di taman haruan, manakala arwah di taman bersatu. awal tahun ini kami kerap pula bertemu di perpustakaan kulim. aku tidak bertanya entah apa yang beliu kaji begitu juga dia tidak bertanya urusan aku. kami masing2 merujuk sesuatu sambil berbual hal2 kesenian terutama penulisan. dia acap kali suka memberitahu atau mau mengingati aku yang dia sampai sekarang ada menyimpan pita vhs drama berjudul 'Penghujung Jalan' iaitu drama skrip yang dia tulis dan diarahkan oleh aku sendiri. dia berulangkali memberitahu aku yang dia suka drama itu. Penghujung Jalan diberi makna dan approach lain bila ia lahir di kaca tv - tidak mengikut alur cerita sebenarnya ( yang dipadankan dari cerpenya) apabila ditangani oleh aku terutama untuk adegan klimaks dan penyelesaian cerita. aku cuma memberitahu dia bahawa aku bercerita dengan gambar yang sudah tentu mempunyai nahu-nahu filmic yang berbeza dari cerpen.                                                                                                                                                     aku sebenarnya mengenali arwah  lebih lama dari dan ketika aku berpindah ke kulim dari penang. Dia sendiri sudah lupa sebenarnya malah tidak pernah ingat langsung. aku pun memberitahunya : kita pernah bertemu dan berbual panjang di pejabat akhbar Bintang Timur, di jalan argyll, pulau pinang pada tahun 1974. arwah terkejut. masa itu aku dipanggil oleh akhbar tersebut untuk interview kerana aku menulis skrip-skrip drama tv untuk rtm (Drama Minggu Ini) atas nama penulis dari pulau pinang. kami bertemu kali kedua ditempat yang sama selepas itu tidak jumpa lagi sampailah aku bermaustautin di Kulim dan mengarah skrip tulisannya 'Penghujung Jalan'.
aku tahu dia dimasukkan ke hospital tapi tak sempat pun melawat kerana kesibukan kerja di kuala lumpur. pun tidak menjengahnya di rumah kerana ada kawan memberitahu dia sudah sihat. hanya pagi tadi sekitar jam 12 tengahari baru aku mendapat tahu pemergian dia untuk selama2nya. masa itu aku dan isteri terlalu sibuk menghantar kueh/biskut raya yang orang pesan kerana ini sudah minggu ketiga kita berpuasa. kami suami isteri mencuba nasib menjual biskut raya tahun ini. akhirnya aku sempat juga menjengahnya dikubur, bersama imam membaca talkin hinggalah semuaya bersurai. aku merenung kuburnya dan teringat kata-kata beliau pada aku: kalau rasa nak tulis, tulislah.......novel Atiek Putriba memang bagus di buat filem. ketika itu juga aku teringatkan abang a rahim abdullah yang beria-ia mahu menulis skrip dari novel itu. harapan agar abang a rahim abdullah akan merealisasikab harapan allahyarham menulis skrip Atiek Putriba. beberapa langkah keluar dari kawasan kubur, aku menoleh sekali lagi kearah kuburnya dan merasakan aku kehilangan seorang kawan berpangkat 'abang' untuk kami berbual2 hal kesenimanan seperti dulu baik di serambi masjid kulim mahupun di ruang perpustakaan kulim. Al-fatihah untik beliau. salam takziah untuk keluarganya. insyallah, aku akan mencuri masa lagi membaca naskah2nya baik novel mahupun cerpen.

No comments:

Post a Comment