Saturday, July 23, 2011

Shanghai Hotel Nite Club

Kalau boleh aku nak tunjuk banggunan lama Hotel Shanghai pada kau orang semua. Sebenarnya aku pun rindu nak tengok banggunan itu. Rasanya tak dapat lagi nak tengok sebab semuanya dah ditelan zaman. Aku rindu pada tempat itu. Nasib baik ada sekeping foto ini masa aku bergambar dengan arwah ayah di tangga pintu masuk kelab malam. Namanya Shanghai Hotel Nite Club. Tempat ini antara beberapa  nite club yang ujud pada zaman itu selain New World, Wembly, Old Free dan Golden Sand di Batu Feringgi.

Bapa aku pemain drum di kelab malam itu bersama beberapa pemain lain yang kebanyakkanya orang Filipino. Semua orang tahu kan bahawa insan Filipino rata-rata berdarah muzikalitet. Mereka menguasai bisnes muzik sejak dari dulu lagi. Kau orang tentu ingat nama atau pernah dengar nama Alfonso Soliano, Tony Soliano, Uliok, Tony Ventura,Johny Rodigoes  antara pemuzik2 awal di Tanah Melayu sejak pemerintahan British lagi.
Kau orang tentu pernah dengar nama Jimmy Boyle anak Filipino kelahiran Penang yang menyemarakkan nama Malaya dengan ciptaan2 lagu patriotiknya. Dia terkenal dengan lagu Putera Puteri yang membawa tema patriotik yang mana sampai kehari ini lagu itu berkumandang di radio tempatan. Ciptaannya Jauh-Jauh sebuah irama jazz yang terkenal diseluruh dunia. Lagu2 ciptaan Jimmy Boyle pernah di rakamkan oleh sebuah orkestea filharmonik Italy sebagai mengenang jasanya yang kreatif masa itu.
Mungkin bapak aku sudah terpanggil untuk merakamkan tempat dia bekerja, mencari nafkah membesarkan aku untuk aku kenang dia setelah dia tiada. Tiada ada yang aku fikirkan melainkan itulah saja yang boleh aku katakan setiap kali aku menatap foto ini.  Seusia 3 tahun, apa yang aku
tahu kecuali mengikut kata. Hari ini foto ini menjadi nostalgik dan klasik untuk aku kenangkan.
Aku tidak ingat apa-apa kecuali usia menjengkau lima atau enam tahun. Aku kerap dibawa oleh bapak  mengikut dia ke nite club. Masa itu aku boleh ingat geografi kelab malam itu. Tangga tempat kami berdua berfoto itu ialah tangga ke arah main entrance. Masuk sahaja kedalam, terdapat reception yang lampunya kebanyakkan berwarna merah. Beberapa orang wanita tionghua cantik akan menerima tetamu dengan senyum lebar. Aku akan jadi mangsa cubitan mesra mereka dipipi. Mereka kenal aku sebab aku regular customer kelab itu (aku ikut bapa aku la...). Arwah bapa juga akan menerima ciuman dipipi bertalu-talu sebagai kemesraan rakan kerja. Pernah aku beritahu emak: naik angin dia.
Bapa jenis pendiam. Dia tidak melayan bebelan emak. Akhirnya mereka berdamai begitu saja.
Wow....pengunjng nite club itu bukan calang-calang insan. Ramai Mat Salleh berpangkat. Kalau orang tempatan dah tentu orang kaya dan kenamaan saja. Muzik alunan nite club itu adalah muzik2 terpilih
sahaja kerana pasangan yang masuk ke dance floor adalah orang yang boleh menari. Tidak macam sekarang: di disco siapa pun boleh menari terkinja-kinja mengikut sesuka hati. Ditambah dengan dadah seperti ice - mak datuk dunia ini mereka punya.
Zaman dulu, lagu-lagu yang dimainkan adalah lagu terpilih untuk dancing. Pasangan yang menari adalah pasangan yang betul-betul boleh menari. Kedengaran saja irama foxstrot, beguin, samba, cha-cha, mambo dan marengge, aku lihat pasangan terus asyik dalam irama itu. Kalau muzik tanggo dan waltz berkumandang pastilah pasangan yang terbaik sahaja yang melatari dance floor. Aku paling
suka tengok pasangan menari irama Tanggo: terasa macam kembali ke zaman silam.
Jangan bagi tahu orang lain (ini rahsia): perempuan joget zaman itu mesti kena pandai menari betul-
betul baru boleh cari makan kerana pasangan mereka atau customer yang datang terdiri dari ahli tari bukan sekadar datang untuk mabuk-mabuk.
Aku tak lepas pandang bapak aku mengetuk drumnya.  Aku terpesona kerana kehebatannya mengetuk drum itu. Pemain drum rupanya penting dalam sesuatu kumpulan muzik kerana ditangan dialah yang akan menjaga beat dan tempo malah memberi kiu phrasing bar ke bar. Dalam irama jazz, drummer lah yang akan mengingatkan pemain solo yang sedang improvisasi irama mengikut kadar ad libbing (at pleasure) untuk berhenti dan pas solo kepada pemuzik lain. Kau orang akan faham kalau mengikuti perkembangan irama jazz.
Pada masa itu kalau lagu I'm Getting Sentimental Over You, I'm In Mood The For Love kalau dimainkan pasti ramai pasangan memenuhi dance floor. Lagu-lagu nyanyian Nat King Cole cukup popular di nite club zaman itu. Bayangkan siapa tidak mau melepaskan peluang menari dengan irama lagu When I Fallin Love yang terkenal itu. Lagu Stardust paling aku suka.
Sejak kecil lagi aku diselubungi dengan muzik lagu-lagu barat sebab bapak aku bekerja di kelab malam. Kalau aku dengar lagu Melayu cuma dirumah melalui corong radio. Hari minggu pula bapak aku akan bawa kerumah Jimmy Boyle kerana disitu pemuzik kebanyakkan akan buat jam sessio  suka-suka. Sudah tentu mereka akan bermain irama jazz. Aku memang tak sabar nak dengar irama jazz melalui pemain2 muzik rakan bapak aku terutama solo oleh uncle Jimmy sendiri. Masa itu kerap aku terdengar nama-nama besar pemain jazz dunia seperti Duke Ellington, Cole Porter, Miles Davis,
Oscar Peterson, Chalie Parker, Benny Goodman yang terkenal dengan Swing Music dan lain-lain.
Aku paling suka kalau mereka jam lagu Takes Five satu-satunya lagu yang counting beatnya tidak 4/4 tapi 5/4.
Muzik terus meresapi aku sehinggalkah kehari ini yang sukar dipisahkan dari aku. Datanglah apa pun
jenis muzik aku tetap menyukainya kerana ianya tetap atas nama 'seni'
Masa itu kalau ditanya apakah cita-cita ku: aku jawab "aku nak jadi pemuzik macam bapak aku"