Thursday, August 4, 2011

RELAX

Foto ini diambil oleh Schah Kuza, salah seorang peserta bengkel penulisan skrip masa buat di Likas, Kota Kinabalu.
Ramai kawan2 terutama di wall facebook kerap bertanya kenapa aku letak dua tangan dibelakang kepala. Jawapan aku mudah - aku sedang relax lah...
Kalau nak tahu, inilah cara terapi aku bila relax. Aku mendapat kepuasan teramat bila dalam posisi sebegini. Seingat aku, masa aku dalam keadaan relax ini, peserta bengkel yang terdiri dari Marlin Malalin, Ebi Af5, Sofea Clara, Jobretto James Amboi, Rose Cla, Mabul Saidin dan beberapa orang lagi sedang membuat latihan menulis. Masa itu sajalah aku dapat berihat barang sebentar. Bayangkan, aku sukar untuk duduk bila memberi ceramah.
Ketika berdiri, aku menari, menyanyi, berlakon, bersilat, berpuisi atau apa saja untuk menyampaikan ilmu. Penulisan skrip bukan setakat latihan menulis diatas kertas A4 kalau menggunakan mesin taip atau laptop,  tapi menjiwai segala2nya yang ada diatas muka bumi ini atas nama 'seni'
Memang meletihkan. Mencipta watak, kemudian menjadikan diri seperti watak itu. Bergembira, bersedih dalam rohnya. Ini jiwa penulisan.....bukan sekadar menulis cerita sahaja. Cerita tidak berdiri kuat tanpa disokong oleh watak dan latar.

Jadi...masa itulah kesempatan aku relax. Entah macam mana, Schah sempat merakamkan reaksi aku ketika itu dengan kamera Nikon nya. Dah berzaman aku begini bila berada dalam relaxation. Tak pernah aku beritahu sesiapa. Tak perlu pun. Aku jenis manusia yang suka kalau orang tidak tahu 'gerak' dan 'reaksi' aku. Aku jenis berahsia sebenarnya. Tapi momen itu Schah dapat menangkapmnya dari sebuah kamera. Aku berserah kerana akhirnya ia akan di jadikan sekeping gambar yang pasti 'bercerita'

Masih aku berahsia..hinggalah ramai kawan2 bertanya kenapa aku letak dua tangan dibelakang kepala. Apakah ada simbol tertentu. Tidak ada. Tak bermaksud apa-apa kecuali itulah cara aku bila relax mencari ketenangan diri. Pun ketika itu rasanya aku tidak relax dalam erti kata sebenar2 relax kerana dihadapan aku semua peserta sedang asyik menulis dan sedang menumpahkan apa saja ilmu yang aku persiapkan untuk mereka. Dalam pemikiran aku, masih berligar2 persoalan..apakah mereka benar2 memahami apa yang dipelajari. Kalau mereka gagal, aku yang menerima tempias kerana menjadi guru. Kemana kah mereka selepas ini? Apakah mereka akan jadi penulis sebagus mungkin? Apakah mereka akan menulis cerita2 yang wataknya berlari dengan bendera negara mereka? Ah.....tak mungkin aku relax. Mereka datang tidak percuma - berbayar.  Memang betullah aku tak pernah relax selagi nafas aku berdenyut.

Ok..sebelum kau orang bertanya lebih baik aku bagi tahu.......Kalau aku relax kenapa pada gambar itu aku seperti tersenyum saja. Tentu aku sedang berfikir perkara2 yang melucukan? atau apa saja. Tidak. Aku serius. Kata Schah dia cuba2 memberanikan diri untuk snap aku. Dia hampir tidak mau snap aku kerana takut aku marah atau dia sendiri tidak berani. Hinggalah dia melihat aku tersenyum, lalu dia snap juga gambar aku. Dia datang kepada aku.

"Maaf encik. Kalau encik tak suka saya boleh erase gambar ini"

Aku membelek gambar itu di skrin kameranya. Aku tak sepatut senyum kerana ini buka gelagat
aku sebenarnya. Aku hanya tersenyum kalau senyuman itu memberi makna dan ada pengertian. Itu konsep aku dalam senyuman.
.
"Tak pa. Nanti kasi saya satu copy" tenang aku jawab. Wajah Scah ceria.

"Susah mau tengok encik senyum. Ketawa adalah...."

Schah seperti observe aku selama ini. Apakah senyuman aku ni mahal sangat ke? Tidak. Saat itu Schah sendiri tidak tahu kenapa aku berada macam posisi itu. Rupanya dia snap kerana senyuman aku, bukan kerana aku meletakkan kedua belah tangan dibelakang kepala. Dia tidak tau yang aku sedang relax. Aku pun tidak memberitahu dia. Rasanya tak perlu.

Sekarang semua dah tahu bila ramai yang bertanya. Lepas ni jangan tanya lagi hehehehe.....dan aku
belajar untuk senyum selepas momen itu. Terima kasih pada yang bertanya.

2 comments: