Saturday, April 16, 2011

THE SAMURAI - siri tv

Siri ini diminati ramai ditahun 1995. Siapa yang bernama penonton akan duduk depan tv menonton siri The Samurai. Ini menjadi kejutan budaya  masa itu. Masakan tidak....selalunya menonton filem-filem melayu yang berpencak silat dan  berkeris, tiba-tiba kali kami disajikan dengan seni silat jepun, pedang jepun yang dikenali dengan nama pedang semurai. Setiap hari rabu jamn 7.30 malam, siri ini ditayangkan hingga jam 8 malam. Rasanya dia ialah hero jepun pertama (dalam foto) yang kami kenal dek kerana siri itu. Nama betulnya Koce Ose. Nama wataknya ialah Shintaro Abe,  pahlawan yang bekerja dengan kerajaan untuk membenteras jenayah. Biasalah... penonton akan menyebelahi  hero dan bencikan  villian. Shintaro san ialah watak protoganis. Dia dibantu oleh ninja-ninja baik yang diketuai oleh panglima bernama Tombe. Tombe ada ramai pengikutnya yang semua boleh terbang di udara, mencampakkan gas pemedih kemudian boleh menghilang diri. Selain senjata pedang, mereka mempunyai sejenis senjata berbentuk bintang dibaling kepada lawan di dahi, dada, tangan dan lain-lain tempat ditubuh lawan. Shintaro ini pula dah tentu ilmu batinnya tinggi. Tidurnya seperti jaga. Dia boleh menghilang diri sekelip mata dan sudah tentu boleh berlawan dengan musuh walaupu lebih dari 50 orang. Setiap kali ada adegan lawan satu lawan ramai, kami tidak saspen pun kerana sudah tahu dia akan menang - musuh semua akan mati. Ini pengaruh baru ketika itu. Kami budak-budak turut membuat pedang jepun dan berlawan seperti gerak samurai yg kami tiru. Masa itu tanpa disedari, kami sudah melupakan budaya sendiri. Kami sudah lupa silat dan keris taming sari. Kalau di ingatkan, rasa malu pun ada....mana tidaknya, apabila melayu sudah tidak jadi melayu. Kami dihasut sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Melayu menjadi orang lain. Membawa budaya asing kedalam bangsanya.
Inilah dikatakan pengaruh budaya filem. Terlalu kuat disogokkann kepada minda kita. Sebab itu Amerika sifat  filemnya berkonsepkan MENGHIBUR, MEMBERITAHU dan MENGHASUT. Rupanya Jepun juga memakai konsep ini untuk menjual, bangsa, budaya dan negaranya. Apakah kita terperasan begitu terutama dalam filem kita. Lihat filem The Samurai ini.....mereka menyajikan kita dengan hiburan (adengan2 lawan pedang) kemudian mereka bercerita mengenai cara mereka berlawan, sifat perlawanan, pakaian, dan tradisi kehidupan. Akhirnya mereka memanupulasikan pemikitan kita untuk percaya apa yang ada pada mereka sebagai manusia bangaa Jepun.
Corak filem Melayun sama ada dari Shaw Brothers mahpun Cathay Keris juga terikut-ikut ala samurai ini. Bukan saja watak sudah tidak berkeris kecuali berpedang samurai, pakaian mereka juga pakaian ala jepun, kesana kemari memakai topi tikar seperti orang turun kesawah, jalan juga tunduk kononya ada ilmu bathin (boleh nampak tanpa melihat) dan lain-lain lagi. Bodohnya kalau di ingat kembali. Melayu sudah tidak yakin dengan budayanya. Ingatkan filem boleh mengajak kita menjadi lebih kuat melayunya tapi sebaliknya terjadi, Semua ini kerana tuntutan commercial iaitu wang, wang dan wang. Maruah budaya tergadai. Banyak judul2 filem Melayu tapi memakai pakaian Jepun cuma mereka tidak berdialog Jepun kerana rata2 pelakon tidak tahu berbahasa jepun hehehe..... Bayangkan pula kalau dalam filem melayu, semua pelakon berbahasa jepun.......!

Apapun, secara individu, aku tetap mengingati pelakon yang bernama Koce Ose ini sehinggalah aku ketemu pelakon yang lebih hebat darinya iaitu Toshiru Mifune selepas menonton 7 Samurai, Roshomon, Sunjiro dan lain-lain arahan pengarah tersohor Akira Kurosawa. Aku menjadi pengikut setianya sampai hari ini walaupun dia sudah meninggal dunia.
Itulah dia Samurai, budaya yang berjaya disebarkan kepada dunia melalui filem. Ingatlah kekuatan sesuatu filem.yang datang kenegara kita, kedalam rumah kita untuk merubah tidak banyak sedikit kehidupan kita.
Kita harus jaga-jaga untuk memilih dan menjadikan ia sandaran kehidupan.

No comments:

Post a Comment