Monday, April 25, 2011

ANEKA NITE CLUB, KOTA KINABALU

Terjumpa sekeping foto bapak dengan rakan-rakan pemain muzik semasa dia bekerja di Aneka Nite Club, Kota Kinabalu. Masa itu ditahun 1973. Dalam foto diatas, bapak aku yang berdiri belakang congga drum.
Dia bermain drum dalam kumpulan itu. Rakan-rakannya yang lain aku tidak kenal. Entah mereka pemain muzik dari Sabah atau dari Semenanjung aku tidak tahu.  Bapak tidak pernah bercerita pun tentang mereka.
Yang pasti ada diantara mereka sudah tentu meningkat usia atau pun sudah meninggal.  Tapi ada dua orang pemuzik ketika itu nampak  muda. Mungkin mereka masih hidup walaupun meningkat usia.
Aku harap dapat berjumpa mereka dan memberi tahu yang akulah anak Ishak. Sudah tentu kalau dapat berjumpa banyak story akan diceritakan pada aku. Dah tentu pengalaman mereka dengan arwah bapak aku akan menambah pengetahuan aku dalam menulis cerita.  Memang aku pernah terfikir untuk menulis sebuah skrip untuk dijadikan filem khusus aku contribute kepada arwah bapak semasa hayatnya.  Juga bercertia tentang cinta dan konflik dia dan emak sekaligus kemunculan aku dimuka bumi ini diberi nama Kamal.

Kalau ikut dalam gambar diatas terdiri dari seorang keyboardist, trumpeteer, saxephonis, bassist, guitarist dan bapak bermain drumm alat muzik yang membesarkan aku sejak aku lahir didunia ini.  Dalam istilah muzikalitet, kumpulan lima pemain muzik dinamakan 'Quintet'. Kalau enam orang dinamakan 'Sextet', kalau empat orang dipanggil 'Combo', kalau tiga 'Trio' , kalau dua 'Duet' dan kalau seorang di panggil 'Soloist'.
Lebih dari sepuluh orang dipanggil pula 'Big Band' yang kerap kita lihat bermain muzik jazz dan swing. Tapi ada juga dipanggil 'Orkestra'.

Harapan aku kini untuk mencari rakan-rakan bapak aku yang masuk hidup untuk banyak perkara atas nama 'seni'.  Mungkin aku akan mulakan pencarian melalui suratkhabar terbitan Sabah. Itu yang paling dekat. Aku harap kau orang pun boleh bantu dan bagi idea............hehehehe
.

No comments:

Post a Comment