Thursday, April 28, 2011

Pelayan Pejabat

Tahun 1969 ialah tahun terakhir aku dialam persekolahan. Aku ditingkatan tiga sekolah Menengah Abdullah Munshi, Pulau Pinang. Bersama rakan sekelas ditingkatan 3A, kami mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Keputusan kelulusan peperiksaan tidak menyebelahi aku. Dengan kegagalan mata pelajaran sains dan metamatik, aku gagal. Disijil tertulis aku mendapat pangkast 'C'.  Kantoi.....
Emak menerima berita itu dengan air mata yang berburai.  Aku yang sebelum ini petah bercakap, hari itu diam membisu mendengar leteran emak dan sedu sedan sebak didadanya.  Harapan emak untuk aku meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi musnah. Dia tak mengharap aku ke universiti pun, memadailah kalau aku boleh mencapai tahap bekerja dipejabat seperti kerja kerani.  Sebab itu emak beria-ia hantar aku belajar
'menaip' (typing class) kerana kerja menaip adalah asas kerja seorang kerani dipejabat.  Emak berharap aku kerja dipejabat kerajaan.
Sehari suntuk aku berdiam diri. Beberapa orang rakan sekelas datang berjumpa. Rakan sekelas semuanya lulus peperiksaan....dan sudah pasti buka sekolah nanti, mereka akan belajar ditingkatan empat dan aku duduk dirumah saja. Masa tu, menyesal rasanya kerana aku tak serajin kawan-kawan lain belajar untuk lulus peperiksaan.
Hari pertama persekolahan ditahun baru 1970, aku duduk dirumah.  Aku boleh bayangkan kawan-kawan dengan pakaian baru, kasut baru, beg baru, buku baru mungkin style rambut pun baru.  Aku bayangkan juga yang mereka akan berubah lokasi banggunan dari block C ke blok A dimana dibanggunan itu ditempatkan
pelajar-pelajar tingkatan empat, lima dan enam. Ah.....tak mau aku ingat perkara itu. Biarlah  mereka dengan dunia persekolahan mereka. Aku dengan perjalanan baru aku. Usia masih muda tapi aku mesti meneruskan hidup ini.  Aku nekad tidak mahu minta wang belanja dari emak jauh sekali dari bapak.  Aku pun buat plan apa yang harus aku buat selepas ini.

Seminggu aku duduk dirumah. Berligar-ligar tak ketahuan. Keluar rumah jumpa kawan sekampung bincang tentang kerja. Bila tension aku keluarkan set drum bapak dan aku ketuk-ketuk hingga tidak terkawal tempo dan beat - akhirnya menjadi bising bukan muzik lagi.  Pernah aku terlupa waktu sampai ketengah hari. Rakan-rakan sekolah pulang melewati rumah akun yang ditepi jalan, Mereka semua berhenti dan memandang kearah aku. Bila aku terperasan mereka berkumpul disitu, malunya aku bila bertentang mata dengan mereka. Apakah yang mereka sedang fikirkan tentang aku? Mereka tentu ingat aku gagal persekolahan, kerana semata-mata nak main muzik seperti bapak aku. Kalau itu yang mereka fikir,  anggapan mereka selah.
Ya aku suka muzik. Aku suka seni. Aku suka main drum seperti bapak aku. Aku dibesarkan dan terlalu rapat dengan muzik terutama alat muzik yang bernama drum. Aku sendiri boleh main drum tanpa pelajar dari sesiapa walaupun bapak. Ini kerana dari emak, bapak tidak mau aku jadi ahli muzik sepertinya.

Selepas tujuh hari, tiba-tiba aku terima surat dari jabatan buroh. Dalam surat betulis memanggil aku ke temuduga untuk jawatan sebagai Pelayan Pejabat.  Emak beria-ia suruh aku pergi temuduga. Berharap agar dapat kerja sebagai pelayan pejabat.  Konon-kononnya dengan kerja sebagai pelayan pejabat atau dikenali juga dengan nama budak pejabat atau office boy........

Sampai harinya, aku pun pergilah ke pejabat itu untuk sesi temuduga. Tempat itu ialah Sekolah francis Light 2, Pulau Pinang.

1 comment:

  1. story klasik nie perlu dipelihara sebaik mungkin, akan menjadi tatapan jenerasi yang akan datang..seronok baca tuan punya kisah zaman dulu2...

    ReplyDelete