Wednesday, April 14, 2010

The Man From UNCLE



The Man From UNCLE ialah sebuah siri televisyen yang cukup popular di
tahun 60an ke 70an. Saya ketika itu belajar di darjah 6 sekolah rendah amat meminati siri itu. Disekolah, kami selalu bercerita kehebatan siri itu yang kami tonton di tv. UNCLE ialah siri penyiasatan berupa cerita spy atau pentintip. Kalau di filem, James Bond 007 adalah filem terlaris tetapi di tv UNCLE menguasai peminat seluruh dunia. Drama itu menjadi kejutan kepada kami anak-anak zaman itu. Ia ada kelainan terutama gajet yang digunakan oleh pelakon utama iaitu Robert Vaughn yang memegang watak sebagai Napoleon Solo. Wataknya dicipta sebagai orang yang cerdik tidak perlu menggunakan kekerasan untuk menumpaskan lawan. Sesekali ada juga pertarungan melawan orang jahat; dia menggunakan ilmu bela diri karate. Dengan sekali hentakkan di leher, penjahat mudah pengsan.
Solo dibantu oleh seorang watak side kick iaitu David McCallum sebagai Illya Kuryakin. David ialah pelakon British yang menggunakan telo lidah Russia apabila bertutur kerana kononnya dia adalah orang
Russia yang bekerja di Pusat Perisik UNCLE.

Judul siri ini menjadi persoalan kepada kami budak budak pada masa itu. THE MAN FROM UNCLE. Uncle sudah tentu dikaitkan dengan makna 'Pak cik'. Rupanya ada makna lain disebalik perkataan UNCLE. Akhirnya kami tahu bahawa U itu United. N itu Network. C pula Common. L ialah Law. E ialah Enforcement (UNITED NETWORK COMMON LAW and ENFORCEMENT). The Man From Uncle itu ialah The Man From United Network Common Law and Enforcement.
.
Setiap kali Illya muncul, dia mencuri perhatian penonton terutama kami anak-anak. Sebabnya ialah dia kurang berdialog, suka bertindak pantas dan dia suka membawa alat-alat rahsia perisikan untuk berhubung dengan Solo mahupun UNCLE tidak menggunakan talipon biasa. Talipon rahsianya ialah pen, kotak rokok jenama Lucky Strike, jam tangan yang dijadikan alat penghubung. Ini biasa terdapat dalam filem-filem spy ketika itu. Sampai hari ini pun filem-filem James Bond masih menggunakan gajet-gajet yang pelik sebagai alat perhubungan atau senjata mereka.

Filem memang begitu sifatnya: melebihi garisan pemikiran penonton. Saat lampu dipadamkan menjadi gelap seluruh dewan sinema, kita dibawa kesatu daerah lain oleh sang pengkaryanya dengan mimpi-mimpi istimewa mereka yang berkelainan. Anda diantaranya nanti bakal memberi "magis' kepada filem. Sama ada anda penulis, pengarah, jurukamera, art director, juru solek, busana, pencipta efek semuanya sama-sama akan memberi sesuatu yang unik terhadap yang namanya "filem'. Tapi jangan lupa semuanya bermula dari sebuah lakonlayar atau skrip. Penulis duluan memerah otak untuk mencipta cerita. Syabas orang-orang yang bernama penulis lakonlayar.

Sesekali saya rindu juga untuk menonton siri ini. Saya teringat zaman sekolah, bersama rakan
rakan sebaya yang rata-rata meminati siri itu, membeli pistol mainan seperti yang di
gunakan oleh Solo dan Illya bawa kesekolah. Design pistol itu siap dengan 'silencer' kerana jenis
itu sahaja yang digunakan oleh Solo dan Illya. Sungguh besar pengaruh filem terhadap manusia.

.......................................................................................................................................
Notes: foto Robert Vaughn dan Illya Kuryakin bersama gajet senjata yang diguna
kan dalam The Man From U.N.C.L.E.

1 comment:

  1. Zaman2 70an memanglah tv menjadi tempat org berhibur.. selain dari panggung wayang..tetapi pengaruh tv rasanya lebih kuat.. dek kerana itu, apa saja rancangan yang keluar di kaca tv akan menjadi ikutan.. seperti "Combat!"..The Twilight Zone.. High Chapparal..Bonanza .. Dan rancangan keluaran tv RTM seperti Dendang Perantau,Empat Sekawan, Drama Minggu Ini, Potret Pekerti...Mengikut buku Drama Melayu Televisyen Malaysia - Satu Penilaian
    Perkembangan dan Peranan yang ditulis oleh Said Halim Said Nong,terdapat 533 judul drama diterbitkan dan disiarkan oleh RTM antara
    tahun 1964 hingga 1983. Ia sebenarnya satu jumlah yang banyak. Kalau RTM mewujudkan drama retro tempatan, jumlah itu boleh menampung siaran lebih tiga tahun. Saya amat berharap pihak RTM dapat mewujudkan satu slot retro untuk siaran drama tv yang dulu2..

    ReplyDelete