Terjumpa sekeping foto bapak dengan rakan-rakan pemain muzik semasa dia bekerja di Aneka Nite Club, Kota Kinabalu. Masa itu ditahun 1973. Dalam foto diatas, bapak aku yang berdiri belakang congga drum.
Dia bermain drum dalam kumpulan itu. Rakan-rakannya yang lain aku tidak kenal. Entah mereka pemain muzik dari Sabah atau dari Semenanjung aku tidak tahu. Bapak tidak pernah bercerita pun tentang mereka.
Yang pasti ada diantara mereka sudah tentu meningkat usia atau pun sudah meninggal. Tapi ada dua orang pemuzik ketika itu nampak muda. Mungkin mereka masih hidup walaupun meningkat usia.
Aku harap dapat berjumpa mereka dan memberi tahu yang akulah anak Ishak. Sudah tentu kalau dapat berjumpa banyak story akan diceritakan pada aku. Dah tentu pengalaman mereka dengan arwah bapak aku akan menambah pengetahuan aku dalam menulis cerita. Memang aku pernah terfikir untuk menulis sebuah skrip untuk dijadikan filem khusus aku contribute kepada arwah bapak semasa hayatnya. Juga bercertia tentang cinta dan konflik dia dan emak sekaligus kemunculan aku dimuka bumi ini diberi nama Kamal.
Kalau ikut dalam gambar diatas terdiri dari seorang keyboardist, trumpeteer, saxephonis, bassist, guitarist dan bapak bermain drumm alat muzik yang membesarkan aku sejak aku lahir didunia ini. Dalam istilah muzikalitet, kumpulan lima pemain muzik dinamakan 'Quintet'. Kalau enam orang dinamakan 'Sextet', kalau empat orang dipanggil 'Combo', kalau tiga 'Trio' , kalau dua 'Duet' dan kalau seorang di panggil 'Soloist'.
Lebih dari sepuluh orang dipanggil pula 'Big Band' yang kerap kita lihat bermain muzik jazz dan swing. Tapi ada juga dipanggil 'Orkestra'.
Harapan aku kini untuk mencari rakan-rakan bapak aku yang masuk hidup untuk banyak perkara atas nama 'seni'. Mungkin aku akan mulakan pencarian melalui suratkhabar terbitan Sabah. Itu yang paling dekat. Aku harap kau orang pun boleh bantu dan bagi idea............hehehehe
.
Monday, April 25, 2011
Saturday, April 16, 2011
THE SAMURAI - siri tv
Siri ini diminati ramai ditahun 1995. Siapa yang bernama penonton akan duduk depan tv menonton siri The Samurai. Ini menjadi kejutan budaya masa itu. Masakan tidak....selalunya menonton filem-filem melayu yang berpencak silat dan berkeris, tiba-tiba kali kami disajikan dengan seni silat jepun, pedang jepun yang dikenali dengan nama pedang semurai. Setiap hari rabu jamn 7.30 malam, siri ini ditayangkan hingga jam 8 malam. Rasanya dia ialah hero jepun pertama (dalam foto) yang kami kenal dek kerana siri itu. Nama betulnya Koce Ose. Nama wataknya ialah Shintaro Abe, pahlawan yang bekerja dengan kerajaan untuk membenteras jenayah. Biasalah... penonton akan menyebelahi hero dan bencikan villian. Shintaro san ialah watak protoganis. Dia dibantu oleh ninja-ninja baik yang diketuai oleh panglima bernama Tombe. Tombe ada ramai pengikutnya yang semua boleh terbang di udara, mencampakkan gas pemedih kemudian boleh menghilang diri. Selain senjata pedang, mereka mempunyai sejenis senjata berbentuk bintang dibaling kepada lawan di dahi, dada, tangan dan lain-lain tempat ditubuh lawan. Shintaro ini pula dah tentu ilmu batinnya tinggi. Tidurnya seperti jaga. Dia boleh menghilang diri sekelip mata dan sudah tentu boleh berlawan dengan musuh walaupu lebih dari 50 orang. Setiap kali ada adegan lawan satu lawan ramai, kami tidak saspen pun kerana sudah tahu dia akan menang - musuh semua akan mati. Ini pengaruh baru ketika itu. Kami budak-budak turut membuat pedang jepun dan berlawan seperti gerak samurai yg kami tiru. Masa itu tanpa disedari, kami sudah melupakan budaya sendiri. Kami sudah lupa silat dan keris taming sari. Kalau di ingatkan, rasa malu pun ada....mana tidaknya, apabila melayu sudah tidak jadi melayu. Kami dihasut sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Melayu menjadi orang lain. Membawa budaya asing kedalam bangsanya.
Inilah dikatakan pengaruh budaya filem. Terlalu kuat disogokkann kepada minda kita. Sebab itu Amerika sifat filemnya berkonsepkan MENGHIBUR, MEMBERITAHU dan MENGHASUT. Rupanya Jepun juga memakai konsep ini untuk menjual, bangsa, budaya dan negaranya. Apakah kita terperasan begitu terutama dalam filem kita. Lihat filem The Samurai ini.....mereka menyajikan kita dengan hiburan (adengan2 lawan pedang) kemudian mereka bercerita mengenai cara mereka berlawan, sifat perlawanan, pakaian, dan tradisi kehidupan. Akhirnya mereka memanupulasikan pemikitan kita untuk percaya apa yang ada pada mereka sebagai manusia bangaa Jepun.
Corak filem Melayun sama ada dari Shaw Brothers mahpun Cathay Keris juga terikut-ikut ala samurai ini. Bukan saja watak sudah tidak berkeris kecuali berpedang samurai, pakaian mereka juga pakaian ala jepun, kesana kemari memakai topi tikar seperti orang turun kesawah, jalan juga tunduk kononya ada ilmu bathin (boleh nampak tanpa melihat) dan lain-lain lagi. Bodohnya kalau di ingat kembali. Melayu sudah tidak yakin dengan budayanya. Ingatkan filem boleh mengajak kita menjadi lebih kuat melayunya tapi sebaliknya terjadi, Semua ini kerana tuntutan commercial iaitu wang, wang dan wang. Maruah budaya tergadai. Banyak judul2 filem Melayu tapi memakai pakaian Jepun cuma mereka tidak berdialog Jepun kerana rata2 pelakon tidak tahu berbahasa jepun hehehe..... Bayangkan pula kalau dalam filem melayu, semua pelakon berbahasa jepun.......!
Apapun, secara individu, aku tetap mengingati pelakon yang bernama Koce Ose ini sehinggalah aku ketemu pelakon yang lebih hebat darinya iaitu Toshiru Mifune selepas menonton 7 Samurai, Roshomon, Sunjiro dan lain-lain arahan pengarah tersohor Akira Kurosawa. Aku menjadi pengikut setianya sampai hari ini walaupun dia sudah meninggal dunia.
Itulah dia Samurai, budaya yang berjaya disebarkan kepada dunia melalui filem. Ingatlah kekuatan sesuatu filem.yang datang kenegara kita, kedalam rumah kita untuk merubah tidak banyak sedikit kehidupan kita.
Kita harus jaga-jaga untuk memilih dan menjadikan ia sandaran kehidupan.

Friday, April 15, 2011
ABOI Telemovie dvd
Entah dah berapa lama industri pembikinan vcd (dulu) berjalan aku tak pernah pun dapat tawaran mengarah vcd. Hari projek vcd telah jadi dvd. Tahun 2011 menjadi sejarah bagi aku kerana Empayar Bayu dan Sam Production telah menawarkan aku mengarah skrip ABOI.
Syukur alhamdulillah. Satu perkara lain pula, aku dah 2 tahun tidak mengarah apa-apa drama
tv jauh sekali filem. Sepanjang period itu, aku cuma membuat bengkel2 skrip sahaja. Di Sabah
aku bertemu Marlin Malalin yang kebetulan menjadi salah seorang peserta bengkel skrip.
Dengan berbekal sedikit ilmu yang aku ajar padanya, dua menulis beberapa naskah skrip drama
yang agak berjaya juga. Paling penting, naskah beliau ditulis untuk menceritakan keresahan
bangsanya. Itu asas yang paling penting aku ajar kepada peserta skrip aku.
ABOI pula tercipta semasa aku, Marlin, Ebi Af5, Joberretto James Amboi dan Schah Kuza sedang makan nasi soup yang terkenal di Kampung Air, Kota Kinabalu. Pada mulanya kami
yang mendapat idea itu kerana mahu membantu publisiti pada Joberretto kerana dia ter-
pilih memasuki Raja Lawak di Astro. Pelbagai idea pun keluar. Semua idea2 itu kamu letakkan
dibahu Marlin selaku penulis skrip. Dikedai makan itu lah kami bersetuju yang skrip ini di
beri judul Aboi. Ebi sangat suka dengan nama ABOI. Sudah tentulah Ebi juga akan turut
berlakun. Pada dasarnya oleh kerana Ebi ini penyanyi dan pemuzik, kami bercadang untuk Ebi memegang watak budak kampung (kawan Aboi) yang mencari rezeki di KK sebagai pemuzik jalanan (busking musician). Marlin pun tidak ketinggalan mahu berlakon. Kami create watak penjahat yang menjual tanah-tanah di Sabah pada orang asing. Marlin memang bijak memain
watak jahat.
Kami semua tuju dengan jalan cerita yang ringkas, komidin untuk dijadikan skrip.
Aku tetap berpesan pada Marlin supaya jangan lupa apabali mencipta watak nanti terutama
watak ABOI pastikan watak itu berlari dengan bendera negaranya.

ABOI Telemovie VCD
Aboi, seorang pemuda kampung yang jujur terpakasa meninggalkan kampung untuk mencari duit sebanyak 10 ribu ringgit dalam masa 10 hari untuk menebus tanah sawahnya pernah di gadai oleh aruah bapanya kepada seorang lintah darat bernama Unggin.Unggin juga adalah bapa kepada Liah, gadis yang mencintainya. Aboi selalu terkenang nasihat arwah ibunya yang menyuruhnya menjaga tanah pusaka agar tidak terlepas ketangan orang lain khususnya orang luar.
Aboi merantau ke Kota Kinabalu. Dia terpaksa menghadapi beberapa halangan hidup dikota. Dia akhirnya terjumpa juga Anton rakan sekampungnya yang juga hidup melarat di bandaraya. Anton cuma seorang pemuzik jalanan (busking musician).
Nasib mereka berubah apabila seorang kepala gangaster dan pemilik beberapa buah kelab malam bernama Lokas telah menawarkan Anton sebagai penyanyi dan Aboi sebagai Stand up comedian. Dalam pada itu, Anton dan Aboi terhidu yang Lokas juga menjalankan kegiatan menjual tanah-tanah kepada orang asing. Paling terkini bila mereka mendapat tahu yang Lokas mahu menjual Pulau Gaya kepada seorang cina Singapura.
Aboi yang mempunyai semangat cintakan tanah airnya telah dibantu oleh Anton
mematahkan cita-cita Lokas menjual Pula Gaya.
Akhirnya Pulau Gaya terselamat. Unggin telah sedar betapa Aboi ialah seorang wira menyelamatkan sebahagian dari milik Sabah. Unggin menawarkan Aboi menjadi menantunya.
ABOI Telemovie DVD

Marlin memberitahu yang skrip sudah siap sepenuhnya. Dia janji akan pos pada saya untuk semakan dan Rashid penolong pengarah untuk rujukan dan tindakan.
Saya terima skrip dan baca. Sudah tentu ada beberapa kekurangan sana sini tetapi keseluruhannya menarik.
Ada lucu, cinta, dramatik dan aksi.
Saya pun buat beberapa olahan untuk
memantapkan jalan cerita itu. selebihnya saya tunggu untuk berde pan dengan Marlin sendiri untuk dia mengolah semula skrip itu. Saya mahu dia sendiri yg duduk depan komputer dan menulis semula sebagai satu latihan dan pembelajaran. Niat saya mahu train dia
menjadi seorang penulis lakonlayar yang betul2 tahu apa itu penulisan lakonlayar.
Saya bertanya Marlin siapa2 yang akan berlakon dalam telemovie ini. Jawpannya mudah "semua sudah ada bang.........." Saya tidak tahu siapa kecuali beberapa nama seperti Ebi Af5, Marlin sendiri, Alex Raja Lawak, Claro Maideh dan Joberetto James Amboi. Heroin untuk drama ini pun saya tak kenal. Marlin menjanjikan saya yang pasti semua pelakon yg terlibat
nanti adalah yang ok.
Akhirnya pada hari pelancaran telemovei Aboi, muncullah pelakon2 diperkenalkan kepada saya seperti tuan Said yang memegang watak Unggin, tuan Osman watak penguhulu dan beberapa pelakun lagi. Saya masih mencari2 siapa pelakon utama disamping Alex sebagai Aboi. Saya ternampak seorang gadis jelita berkulit putih licin tiba2 berada didalam majlis itu. Dia saya tidak
kelihatan dari awal tadi. Agaknya dialah pelakon utama Aboi fikir saya. Tidak ada siapa yang
perkenalkan saya pada nya ataun dia kepada saya. Saya pun mendiamkan diri saja. Akhirnya betullah dia pelakon utama memegang watak Liah heroin Alex bila namanya di sebut dan dijemput naik kepentas bersama2 pelakon lain untuk diperkenalkan pula pada tetamu kehormat
majlis iaitu YB Dato Masjidi Manjun.
Apa pun melihat barisan para pelakon yang dipilih oleh pihak penerbit, saya yakin yang para pelakon ini semunya memenuhi watak2 yang dimahukan dari naskah Aboi tulisan Marlin Malalain. Sampai masanya, harinya, saatnya kami pun bertemu di lokasi untuk menjadikan naskah Aboi sebuah cerita yang di tonton.
Wednesday, April 14, 2010
The Man From UNCLE

The Man From UNCLE ialah sebuah siri televisyen yang cukup popular di
tahun 60an ke 70an. Saya ketika itu belajar di darjah 6 sekolah rendah amat meminati siri itu. Disekolah, kami selalu bercerita kehebatan siri itu yang kami tonton di tv. UNCLE ialah siri penyiasatan berupa cerita spy atau pentintip. Kalau di filem, James Bond 007 adalah filem terlaris tetapi di tv UNCLE menguasai peminat seluruh dunia. Drama itu menjadi kejutan kepada kami anak-anak zaman itu. Ia ada kelainan terutama gajet yang digunakan oleh pelakon utama iaitu Robert Vaughn yang memegang watak sebagai Napoleon Solo. Wataknya dicipta sebagai orang yang cerdik tidak perlu menggunakan kekerasan untuk menumpaskan lawan. Sesekali ada juga pertarungan melawan orang jahat; dia menggunakan ilmu bela diri karate. Dengan sekali hentakkan di leher, penjahat mudah pengsan.
Solo dibantu oleh seorang watak side kick iaitu David McCallum sebagai Illya Kuryakin. David ialah pelakon British yang menggunakan telo lidah Russia apabila bertutur kerana kononnya dia adalah orang
Russia yang bekerja di Pusat Perisik UNCLE.
Judul siri ini menjadi persoalan kepada kami budak budak pada masa itu. THE MAN FROM UNCLE. Uncle sudah tentu dikaitkan dengan makna 'Pak cik'. Rupanya ada makna lain disebalik perkataan UNCLE. Akhirnya kami tahu bahawa U itu United. N itu Network. C pula Common. L ialah Law. E ialah Enforcement (UNITED NETWORK COMMON LAW and ENFORCEMENT). The Man From Uncle itu ialah The Man From United Network Common Law and Enforcement.
.
Setiap kali Illya muncul, dia mencuri perhatian penonton terutama kami anak-anak. Sebabnya ialah dia kurang berdialog, suka bertindak pantas dan dia suka membawa alat-alat rahsia perisikan untuk berhubung dengan Solo mahupun UNCLE tidak menggunakan talipon biasa. Talipon rahsianya ialah pen, kotak rokok jenama Lucky Strike, jam tangan yang dijadikan alat penghubung. Ini biasa terdapat dalam filem-filem spy ketika itu. Sampai hari ini pun filem-filem James Bond masih menggunakan gajet-gajet yang pelik sebagai alat perhubungan atau senjata mereka.
Filem memang begitu sifatnya: melebihi garisan pemikiran penonton. Saat lampu dipadamkan menjadi gelap seluruh dewan sinema, kita dibawa kesatu daerah lain oleh sang pengkaryanya dengan mimpi-mimpi istimewa mereka yang berkelainan. Anda diantaranya nanti bakal memberi "magis' kepada filem. Sama ada anda penulis, pengarah, jurukamera, art director, juru solek, busana, pencipta efek semuanya sama-sama akan memberi sesuatu yang unik terhadap yang namanya "filem'. Tapi jangan lupa semuanya bermula dari sebuah lakonlayar atau skrip. Penulis duluan memerah otak untuk mencipta cerita. Syabas orang-orang yang bernama penulis lakonlayar.
Sesekali saya rindu juga untuk menonton siri ini. Saya teringat zaman sekolah, bersama rakan
rakan sebaya yang rata-rata meminati siri itu, membeli pistol mainan seperti yang di
gunakan oleh Solo dan Illya bawa kesekolah. Design pistol itu siap dengan 'silencer' kerana jenis
itu sahaja yang digunakan oleh Solo dan Illya. Sungguh besar pengaruh filem terhadap manusia.
.......................................................................................................................................
Notes: foto Robert Vaughn dan Illya Kuryakin bersama gajet senjata yang diguna
kan dalam The Man From U.N.C.L.E.
Thursday, April 8, 2010
JASAMU - ASSISTANT DIRECTOR

Selepas beberapa drama saya menjadi penolong pengarah, saya pun mengarah drama pertama PELARI skrip Nurhalim Ismail. Penolong pengarah saya ialah Ahmad Zaidi Ismail. Beliau masa itu bekerja di rtm tetapi mengambil cuti tahunan untuk membantu. Dua atau tiga drama selepas itu dia ikut saya. Dilokasi - pelakun, crew malah saya sendiri memanggilnya 'ustaz' kerana dia seorang yang warak.Hari ini dia seorang Penerbit Kanan di rtm.Saidon atau Don mejadi penolong saya kerana dia juga yang menulis skrip SUDUT MEMORI. Saya tidak tahu dimana Don ketika ini. Kami tidak bertemu hampir 25 tahun. Saya harap bertemu dengannya nanti.
Asalnya Jailani Ghani menjadi pelakon tambahan dalam drama saya. Sebelum ini dia pernah ikut Mior Hashim beberapa kali menjadi penolong. Dia mohon menjadi penolong saya selepas perkenalan kami. Banyak drama yang Jai follow bermula dengan TENGKUJUH hingga lah filem CINTA KITA. Pun selepas itu dia masih follow saya beberapa drama sebelum
bekerja tetap di Tayangan Unggul hingga sekarang. Jailani bekerja dalam suasana yang tenang.
Dia mahir membuat shooting schedule. Hubungan kami seperti adik dengan abang sehingga hari
ini.
Hari ini Stu Zainuddin seorang sutradara drama tv yang agak terkenal. Dia seorang yang ber
pengalaman pernah menjadi penolong saya cuma sekali dalam drama BINTANG CILIK. Sampai
sekarang kami masih berhubung terutama dalam fb dan chatting.
Dia pelakon popular Jalan Ampas menjadi penolong saya dalam drama JEJAKA. Saya menolak pada mulanya kerana malu untuk membandingkan diri saya dengan pengalamannya. Manakan tidak - zaman saya masih budak-budak lagi, dia dah jadi pelakon. Arwah Ghazali Sumantri namanya. Bekerja dengannya saya selalu berhati-hati menjaga peribadi kerana menghormati dia. Arwah sempat juga memberitahu cara dan style Jalan Ampas bekerja. Selesai drama itu di sunting, saya buat keputusan untuk meletak nama dia dibawah credit title 'sutradara'. Jadi dalam drama itu ada dua sutradara - nama Ghazali Sumantri diatas, nama saya dibawah.
Erma Fatimah yang mahu Amie Maziah follow JANGAN HENTIKAN HUJAN ITU. Erma sendiri yang jadi penerbit. Amie lincah orangnya. Tidak tahu letih sewaktu menjalankan tugas. Dia juga mahir dalam kerja-kerja Script Continuity. Jangan berbohong kalau salah konti. Tak menang kalau kita bertengkar dengannya pasal konti. Hari ini Amie sudah menjadi sutradara yang laris di pasaran.
Mungkin kalau dia hidup, dia akan menjadi sutradara jugak. Itulah cita-citanya. Beria-
ia mahu menjadi penolong saya semata-mata ingin belajar pelbagai teknik pengarahan. Namun arwah Firdaus sempat menjadi penolong saya untuk sebuah drama saja iaitu OMBAK ITU.
Semasa hayatnya, kami selalu keluar minum dan bersembang hal-hal perfileman. Mengenali saya, arwah tertarik pada filem-filem atistik.
Idora Rahman satu nama yang talk of the town sebagai penolong pengarah. Rupanya dia adalah
idaman ramai sutradara. Saya tahu selepas bekerja dengannya untuk drama KELAB WAYANG GAMBAR. Ido, nama panggilannya seorang penolong yang dedikasi.Pernah saya memarahinya tapi dia menganggap segala teguran adalah ilmu yang bakal dipikul demi kebaikan masa depan nya. Kami terputus hubungan kerana dia sibuk mendapat tawaran bekerja untuk drama tv dan dokumentari.
Hari ini Saipol Bahrim Othman adalah pengarah yang di demand oleh setiap penerbit. Menjadi penolong pengarah saya - kerja saya menjadi mudah. Semua diserahkan padanya terus beres. Kami bekerja seperti adik abang di lokasi. Banyak jugak masaalah yang sukar saya atasi tapi ditangan Saipol semunya menjadi. BOGANVILLA, SIKSA, MAHAR CINTA MAMA, AIR MATA SURIATI, PERMATA dan beberapa lagi adalah bukti Saipol adalah antara penolong
pengarah saya yang berbakti.
Selepas Saipol menjadi sutradara, Rashid Ahmad (gambar diatas) came into frame. Masa nak buat drama MISI, Maimun Talib memperkenalkan dia pada saya. Rupanya Rashid punya banyak pengalaman sama ada di hvd mahupun freelance dengan banyak syarikat produksi di KL. Sememangnya Rashid bijak dalam mengendali kerja-kerja produksi terutama sebagai
penolong. Dia yang sebelum ini mengarah beberapa buah drama, dokumentari, majallah tv rupanya famous guy among para pelakun. Dia mudah handle pelakun dilokasi. Mudah bekerja dengan Rashid kerana dia ada 'rasa' dan taste seorang sutradara. Pengalamannya membuatkan
dia sudah pergi separuh dunia menawarkan khidmatnya sebagai sutradara.
Ada beberapa nama lagi yang tertinggal. Sukar saya ingat tapi tetap saya hargai sumbangan mereka yang bernama penolong pengarah atau assistant director.
Subscribe to:
Posts (Atom)